Rawatan Bekam Marang Terengganu

Kelebihan Khasiat / Kebaikan Berbekam ( Al-Hijamah ) :

Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit. Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Toksin – toksin ini berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandung zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dll.
Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia, sebab itu banyak toksid / racun berkumpul . Dengan berbekam dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Inilah salah satu DETOKSIFIKASI (proses pengeluaran toksid / racun) yang sangat berkesan / mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh / badan serta memberi seribu harapan pada penderita untuk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.
Sabda Rasulullah SAW :
  • Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit. - (HR Thabroni)


FAKTA BEKAM
Bekam Kering
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
Bekam Basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Kebaikan Berbekam
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
  • Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti : ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan, buah pinggang.
RAWATAN KENCING MANIS DENGAN KAEDAH BEKAM
Masalah kencing manis memang berleluasa. Banyak persoalan yang kami terima paling popular APAKAH PESAKIT KENCING MANIS BOLEH BERBEKAM?. Jawapan kami Inshaallah boleh, apatah lagi untuk pesakit tahap biasa ia tidak memberi kesan negatif.
Malah ada pelanggan kami yang Turun Bacaan Gula didalam darah setelah melakukan rawatan.
Bagi pesakit yang mengalami masalah pankreas yang kurang menghasilkan insulin / diabetes ataupun orang biasa yang mengalami tahap gula tinggi dalam darah. Kami syorkan anda berbekam dikawasan hadapan dan belakang badan sebanyak 10 cup kekerapan 2 minggu sekali, selepas itu anda boleh buat ujian gula, InsyaAllah kadar gula anda turun / stabil. Herba yang disyorkan untuk menyembuhkan organ pankreas tersebut ialah habbatus sawda sebiji pagi / sebiji petang.


 KLIK DISINI UNTUK MELIHAT